Dasar Privasi
Terjemahan ini disediakan untuk kemudahan sahaja. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan, versi bahasa Inggeris akan diguna pakai.
1 Pengenalan
Dokumen ini menetapkan dasar privasi Ripple TX Pty Ltd ABN: 72 665 217 087 (yang dirujuk dalam dasar privasi ini sebagai “kami” atau “milik kami”). Bagi maksud undang-undang perlindungan data yang terpakai (khususnya, General Data Protection Regulation (EU) 2016/679 (Peraturan Am Perlindungan Data Kesatuan Eropah) (“GDPR”) dan UK Data Protection Act 2018 (Akta Perlindungan Data 2018 United Kingdom)), data anda akan dikawal oleh kami.
Dasar privasi ini terpakai apabila kami mengumpul maklumat peribadi dan/atau data peribadi anda (data peribadi anda). Ini termasuk antara anda, pelawat laman web ini (sama ada secara langsung sebagai pelanggan kami atau sebagai kakitangan pelanggan kami), dan kami, pemilik dan penyedia laman web ini, dan juga apabila kami diarahkan oleh pihak ketiga untuk memproses data peribadi anda. Dasar privasi ini terpakai bagi penggunaan oleh kami ke atas mana-mana dan semua data yang dikumpul oleh kami atau diberikan oleh anda berhubung dengan penggunaan laman web oleh anda dan pemberian perkhidmatan kami kepada anda.
Kami memandang serius obligasi privasi kami. Sila baca dasar privasi ini dengan teliti kerana ia mengandungi maklumat penting tentang siapa kami serta bagaimana dan mengapa kami mengumpul, menyimpan, menggunakan dan berkongsi data peribadi anda berkaitan dengan penggunaan laman web kami oleh anda. Ia juga menerangkan hak anda berhubung dengan data peribadi anda dan cara untuk menghubungi kami atau pengawal selia yang berkaitan sekiranya anda mempunyai aduan.
2 Jenis Maklumat Peribadi yang Kami Kumpul
Data peribadi yang kami kumpul mungkin termasuk yang berikut:
(a) nama;
(b) alamat surat-menyurat atau alamat jalan;
(c) alamat e-mel;
(d) maklumat media sosial;
(e) nombor telefon dan butiran hubungan lain;
(f) umur;
(g) tarikh lahir;
(h) maklumat kad kredit atau maklumat pembayaran lain;
(i) maklumat tentang perniagaan atau keadaan peribadi anda;
(j) maklumat berkaitan dengan apa-apa tinjauan pelanggan, soal selidik dan promosi yang anda sertai;
(k) apabila kami menggunakan kuki analitik, identiti dan jenis peranti anda, alamat I.P., maklumat geolokasi, statistik paparan halaman, data pengiklanan dan maklumat log web standard;
(l) maklumat tentang pihak ketiga; dan
(m) apa-apa maklumat lain yang diberikan oleh anda kepada kami melalui laman web ini, semasa kami memberikan perkhidmatan kepada anda, atau yang selainnya dikehendaki oleh kami atau diberikan oleh anda.
3 Cara Kami Mengumpul Maklumat Peribadi
Kami berusaha untuk memastikan bahawa maklumat yang kami kumpul adalah lengkap, tepat, boleh diakses dan tidak tertakluk kepada akses tanpa kebenaran.
Kami boleh mengumpul data peribadi sama ada secara langsung daripada anda, atau daripada pihak ketiga, termasuk apabila anda:
(a) menghubungi kami melalui laman web kami;
(b) berkomunikasi dengan kami melalui e-mel, telefon, SMS, aplikasi sosial (seperti LinkedIn atau Facebook) atau selainnya;
(c) melantik kami untuk melaksanakan perkhidmatan kepada anda;
(d) apabila anda atau organisasi anda menawarkan untuk memberikan, atau memberikan, perkhidmatan kepada kami;
(e) berinteraksi dengan laman web, aplikasi sosial, perkhidmatan, kandungan dan pengiklanan kami; dan
(f) melabur dalam perniagaan kami atau membuat pertanyaan tentang potensi pembelian perniagaan kami.
Kami juga boleh mengumpul data peribadi daripada anda apabila anda menggunakan atau mengakses laman web kami atau halaman media sosial kami. Ini boleh dilakukan melalui penggunaan alat analitik web, “kuki” atau teknologi penjejakan lain yang serupa yang membolehkan kami menjejak dan menganalisis penggunaan laman web oleh anda. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Dasar Kuki kami.
4 Penggunaan Maklumat Peribadi Anda
Kami mengumpul dan menggunakan data peribadi bagi maksud yang berikut:
(a) untuk memberikan perkhidmatan atau maklumat kepada anda;
(b) bagi maksud penyimpanan rekod dan pentadbiran;
(c) untuk mematuhi obligasi undang-undang kami, menyelesaikan pertikaian atau menguatkuasakan perjanjian kami dengan pihak ketiga;
(d) apabila kami mendapat persetujuan anda, termasuk untuk menghantar mesej pemasaran dan promosi serta maklumat lain yang mungkin menarik minat anda. Dalam hal ini, kami boleh menggunakan e-mel, SMS, media sosial atau mel untuk menghantar komunikasi pemasaran langsung kepada anda. Anda boleh memilih untuk tidak menerima bahan pemasaran daripada kami dengan menggunakan kemudahan pilih keluar yang disediakan (contohnya, pautan berhenti melanggan);
(e) bagi kepentingan sah kami termasuk:
(i) untuk membangunkan dan menjalankan aktiviti pemasaran dan untuk menjalankan penyelidikan dan analisis pasaran serta membangunkan statistik;
(ii) untuk menambah baik dan mengoptimumkan tawaran perkhidmatan dan pengalaman pelanggan kami;
(iii) untuk menghantar kepada anda mesej pentadbiran, peringatan, notis, kemas kini dan maklumat lain yang diminta oleh anda;
(iv) untuk mempertimbangkan permohonan pekerjaan daripada anda; dan
(v) penyampaian perkhidmatan kami.
5 Perkongsian Data Anda
Kami boleh berkongsi data peribadi anda dalam keadaan tertentu, seperti berikut:
(a) apabila berlaku perubahan kawalan dalam perniagaan kami atau penjualan atau pemindahan aset perniagaan, kami berhak untuk memindahkan, setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, pangkalan data pengguna kami, bersama-sama dengan apa-apa data peribadi dan data bukan peribadi yang terkandung dalam pangkalan data tersebut. Maklumat ini boleh didedahkan kepada bakal pembeli di bawah perjanjian untuk menjaga kerahsiaan. Kami akan berusaha untuk hanya mendedahkan maklumat dengan suci hati dan apabila dikehendaki oleh mana-mana keadaan di atas;
(b) agensi semakan kredit bagi sebab kawalan kredit;
(c) pendedahan yang dikehendaki oleh undang-undang atau peraturan; dan
(d) penyedia perkhidmatan dan pihak ketiga bersekutu lain untuk membolehkan kami memberikan perkhidmatan kami kepada anda termasuk penasihat profesional lain seperti akauntan, penyedia perkhidmatan pemulihan bencana atau juruaudit dan/atau peguam di luar negara.
6 Keselamatan
Kami mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan data peribadi anda selamat dan dilindungi daripada penyalahgunaan atau akses tanpa kebenaran. Sistem teknologi maklumat kami dilindungi kata laluan, dan kami menggunakan pelbagai langkah pentadbiran dan teknikal untuk melindungi sistem ini. Walau bagaimanapun, kami tidak dapat menjamin keselamatan data peribadi anda.
7 Pautan
Laman web kami mungkin mengandungi pautan ke laman web lain. Pautan tersebut disediakan untuk kemudahan dan mungkin tidak kekal terkini atau diselenggara. Kami tidak bertanggungjawab ke atas amalan privasi laman web yang dipautkan tersebut dan kami mencadangkan agar anda menyemak dasar privasi laman web tersebut sebelum menggunakannya.
8 Hak Anda
Anda mempunyai pelbagai hak berkenaan dengan penggunaan data peribadi anda oleh kami:
(a) Akses: Anda berhak untuk mendapatkan akses kepada maklumat anda (jika kami sedang memprosesnya) dan maklumat tertentu yang lain (serupa dengan yang diberikan dalam notis privasi ini). Ini adalah supaya anda sedar dan boleh menyemak bahawa kami menggunakan maklumat anda menurut undang-undang perlindungan data.
(b) Dimaklumkan: Anda berhak untuk diberikan maklumat yang jelas, telus dan mudah difahami tentang cara kami menggunakan maklumat anda dan hak anda. Inilah sebabnya kami memberikan anda maklumat dalam dasar privasi ini.
(c) Pembetulan: Kami bertujuan untuk memastikan data peribadi anda tepat, terkini dan lengkap. Kami menggalakkan anda menghubungi kami menggunakan borang hubungan kami untuk memaklumkan kepada kami jika mana-mana data peribadi anda tidak tepat atau berubah, supaya kami dapat memastikan data peribadi anda sentiasa dikemas kini.
(d) Bantahan: Anda juga berhak untuk membantah pemprosesan data peribadi anda dalam keadaan tertentu, termasuk pemprosesan untuk pemasaran langsung.
(e) Sekatan: Anda berhak untuk “menyekat” atau menghalang penggunaan selanjutnya maklumat anda. Apabila pemprosesan disekat, kami masih boleh menyimpan maklumat anda, tetapi tidak boleh menggunakannya selanjutnya.
(f) Pemadaman: Anda berhak untuk meminta kami memadamkan data peribadi anda apabila data peribadi tersebut tidak lagi diperlukan bagi maksud ia dikumpul, atau apabila, antara lain, data peribadi anda telah diproses secara menyalahi undang-undang.
(g) Kemudahalihan: Anda berhak untuk meminta agar sebahagian data peribadi anda diberikan kepada anda, atau kepada pengawal data yang lain, dalam format yang lazim digunakan dan boleh dibaca oleh mesin.
(h) Aduan: Jika anda percaya bahawa hak perlindungan data anda mungkin telah dilanggar, anda berhak untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa penyeliaan yang berkenaan. Di United Kingdom, pihak berkuasa penyeliaan ialah Information Commissioner’s Office (Pejabat Pesuruhjaya Maklumat).
(i) Menarik balik persetujuan: Jika anda telah memberikan persetujuan anda terhadap apa-apa yang kami lakukan dengan data peribadi anda, anda berhak untuk menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa. Ini termasuk hak anda untuk menarik balik persetujuan bagi kami menggunakan data peribadi anda untuk maksud pemasaran.
Anda boleh, pada bila-bila masa, melaksanakan mana-mana hak di atas dengan menghubungi alamat e-mel kami yang dinyatakan di bawah.
9 Tempoh Kami Menyimpan Data
Kami hanya akan menyimpan data peribadi anda selama yang perlu untuk memenuhi maksud kami mengumpulnya, termasuk bagi maksud memenuhi apa-apa keperluan undang-undang, perakaunan atau pelaporan. Kami akan memusnahkan data peribadi anda dengan selamat menurut undang-undang dan peraturan yang terpakai.
Jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang tempoh penyimpanan khusus kami bagi data peribadi anda, sila hubungi kami menggunakan alamat e-mel kami yang dinyatakan di bawah.
10 PEMINDAHAN KE LUAR KAWASAN EKONOMI EROPAH (European Economic Area, “EEA”)
Untuk memberikan perkhidmatan kami, kami boleh memindahkan data peribadi yang kami kumpul ke negara di luar United Kingdom atau EEA yang tidak memberikan tahap perlindungan data yang sama seperti negara tempat anda bermastautin dan tidak diiktiraf oleh Suruhanjaya Eropah sebagai memberikan tahap perlindungan data yang mencukupi.
Apabila kami melakukan sedemikian, kami akan memastikan bahawa data tersebut dilindungi pada tahap yang sama seperti di EEA dan United Kingdom kerana kami akan mewujudkan perlindungan yang sewajarnya untuk melindungi data peribadi anda, yang mungkin termasuk klausa kontrak standard.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di alamat e-mel kami yang dinyatakan di bawah.
11 Hubungi Kami
Untuk maklumat lanjut tentang dasar atau amalan privasi kami, atau untuk mengakses atau membetulkan data peribadi anda, atau membuat aduan, sila hubungi kami menggunakan butiran yang dinyatakan di bawah:
E-mel: hello@rippletx.com
Kami boleh mengubah dasar privasi ini dari semasa ke semasa dengan menyiarkan salinan yang dikemas kini di laman web kami dan kami menggalakkan anda menyemak laman web kami secara berkala untuk memastikan anda mengetahui dasar privasi kami yang terkini. Apabila kami membuat apa-apa perubahan yang ketara, kami akan berusaha untuk memaklumkan anda melalui e-mel.